Tuesday, 16 August 2011

Anna & The King 1999



Inilah satu-satunya filem yang pernah saya melibatkan diri sebagai extra cast(pelakun extra) ketika filem ini menjalani pengambaran di Malaysia pada 1999 dulu.Scene yg membabitkan adegan yang saya sertai dilakukan pengambarannya di stadium Malawati Shah Alam untuk babak di dalam istana.Babak di luar istana dibuat di Batu Gajah Perak.Hanya sekadar mencari sedikit pengalaman berlakun,bukan filem tempatan tetapi filem Hollywood (20th Century Fox).Saya rasa bertuah sebab dapat scene yang melibatkan aktress Jodie Foster dan Chow Yuen Fatt dan beberapa pelakun pembantu dari Malaysia seperti Dharma Harun Al Rashid.Farid Iskandar,Syed Alwi(allahyarham) & Aflin Shauki.Fffuhh..!penat memang penat tapi seronok juga dapat melihat cara-cara orang Hollywood bikin filem.Tetapi apabila filem ini ditayangkan seluruh dunia saya rasa kelakar sebab adegan yg saya terlibat hanya beberapa saat..sedangkan ketika membuat adegan itu di lokasi punyalah lama sampai berpeluh-peluh dan letih..nasib baiklah kru-kru filem yg kebanyakkannya didatangkan khas dari Hollywood semuanya sporting..best tapi letih.Yang paling seronok saya dapat melihat wajah Jodie Foster dari dekat di mana sebelum ini saya banyak kali menonton filem-filemnya yg hebat seperti Silence of the lambs.Taxi Driver.Nell dll.Chow Yuen Fatt aktor Hong Kong memang sudah lama saya kagumi menerusi filem-filem HK dan drama TVB seperti The Brothers,Shell Game dll.Memang pengalaman yang hebat.AWESOME.

No comments:

Post a Comment